assalamualaikum......
di dalam rencah kehidupan perlu menempuh onak berduri yang melingkari kehidupan insanisasi.Itulah yang dimaksudkan dengan dugaan kehidupan.Setiap kehidupan pasti menempuhi pentas ujian yang bergolak daripada Allah SWT yang menguji keimanan hamba-Nya..........
Seorang hamba perlu redha di dalam memeluk kehidupan ini yang mana ia merupakan destinasi penyediaan bekal ke hari Al-haqqah iaitu hari akhirat.kesimpulannya disini,kita perlu sedar bahawa ketabahan dan keikhlasan merupakan tunjang kepada kekuatan iman yang bersemi di dalam jasad ini.......................
kesabaran di dalam menempuh cabaran liku-liku kehidupan perlu dipraktikkan untuk menghasilkan kehidupan yang berteraskan keimanan kepada Allah SWT.Firman Allah SWT di dalam surah al-ankabut ayat 2 yang bermaksud :
'' dan adakah patut mereka mengira diri mereka beriman sedangkan mereka tidak diberi ujian''
Ahad, 14 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan