Ahad, 30 Mei 2010

berfikir

manusia sememangnya satu makhluk yang paling indah diciptakan Allah.manusia dibekalkan Allah akal untuk manusia berfikir tentang kejadian alam ciptaanNya untuk terus mengukuhkan keimanan yang sedia ada.

Rabu, 24 Mac 2010

cabaran awal mengerjakan perintah Allah

subuh yang hening menggigit suasana malam yang dingin.....
ayam mula berkokok menyeru kepada manusia yang leka untuk sujud menyembah Allah.....
laungan suara agung bergema memenuhi segenap ruang alam angkasa menerjah masuk ke dalam pendengaran kasar manusia.....
ketika itu ramai yang berpayung di bawah kesejukan keenakan di bawah selimut sambil menikmati kegelapan yang mengasyikkan.....subhanallah! betapa sukarnya untuk menstaminakan diri untuk bangun menyembah-Mu
itulah cabaran awal manusia di dalam mematuhi perintah Allah....
betapa sukarnya untuk datang menyahut panggilan agung itu....
memang benar sabdaan nabi yang mafhumnya bermaksud:

sesungguhnya syurga itu di lingkari oleh perkara yang tidak disukai nafsu manakala neraka pula di kelilingi oleh perkara yang disukai nafsu.

Wallahu'alam

Isnin, 15 Mac 2010

Raihan - Demi masa.mp3

peringatan

Aku mengharap agar keredhaan Allah tercurah kepada ku....
Sememangnya itulah yang diharapkan oleh para pencinta Allah
yang bersimpuh di pintu rahmat-Nya.
Betapa ruginya manusia yang di dalam kemurkaan dan kehinaan Allah yang mana seluruh hidupnya mendapat laknat Allah..sama-samalah kita jauhi hal ini yang boleh menjerumuskan kita ke dalam kemurkaan Allah

sama-samalah kita menghiasi amalan kita dengan perhiasan keikhlasan dan tawaduk terhadap Allah.wallahua'alam.........

Ahad, 14 Mac 2010

http://widget-cd.slide.com/widgets/slideticker.swf" height="320" width="426" style="width:426px;height:320px">http://widget-cd.slide.com/widgets/slideticker.swf" />


pengenalan

assalamualaikum......
di dalam rencah kehidupan perlu menempuh onak berduri yang melingkari kehidupan insanisasi.Itulah yang dimaksudkan dengan dugaan kehidupan.Setiap kehidupan pasti menempuhi pentas ujian yang bergolak daripada Allah SWT yang menguji keimanan hamba-Nya..........
Seorang hamba perlu redha di dalam memeluk kehidupan ini yang mana ia merupakan destinasi penyediaan bekal ke hari Al-haqqah iaitu hari akhirat.kesimpulannya disini,kita perlu sedar bahawa ketabahan dan keikhlasan merupakan tunjang kepada kekuatan iman yang bersemi di dalam jasad ini.......................
kesabaran di dalam menempuh cabaran liku-liku kehidupan perlu dipraktikkan untuk menghasilkan kehidupan yang berteraskan keimanan kepada Allah SWT.Firman Allah SWT di dalam surah al-ankabut ayat 2 yang bermaksud :

'' dan adakah patut mereka mengira diri mereka beriman sedangkan mereka tidak diberi ujian''